Wednesday, January 15, 2014

Inai Utara Homestay Perlis



PAKEJ INAI UTARA HOMESTAY...


Sebuah Rumah Penuh
RM 300.00

*PERHATIAN  : HANYA 15 ORANG DALAM SATU MASA TERMASUK KANAK2.

*MOHON PERHATIAN KEPADA BAKAL PENYEWA HOMESTAY AGAR  BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN HOMESTAY AKAUN PALSU YANG KIAN BERLELUASA MASA KINI,




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Inai Utara Homestay akan dibuka untuk tempahan mulai 1 Februari 2014. Kami mohon anda dapat membaca dengan teliti dan memahami terma-terma yang ditetapkan semasa membuat urusan penyewaan. Syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut
:

Syarat-syarat penginapan di Inai Utara  Homestay



Terms

Patuhi Terma dan Syarat

1. Pelanggan mestilah beragama Islam dan muhrim (dilarang sama sekali pasangan yang bukan mahram). Inai Utara Homestay berhak membatalkan tempahan tanpa memulangkan deposit.


2. Membuat tempahan beserta deposit sebanyak RM100 sahaja. Tidak dikembalikan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan. Oleh yang demikian, Inai Utara Homestay berharap pelanggan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat tempahan.



3. Pelanggan perlu memastikan segala keperluan, peralatan dan kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan baik semasa meninggalkan Inai Utara Homestay. Gantirugi akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan atas budibicara Inai Utara Homestay


4. Maksima hanya 15 orang (dewasa + kanak-kanak) sahaja dibenarkan menginap  untuk keselesaan anda. 


5. Inai Utara Homestay tidak bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berlaku diluar kawalan seperti ketiadaan air atau elektrik semasa atau selepas anda bersetuju menginap di  Inai Utara Homestay. Walau bagaimanapun atas budi bicara dan ihsan, sebanyak RM50  daripada wang tempahan akan dipulangkan sekiranya berlaku kes di luarjangkaan ini.


6.  Inai Utara Homestay akan memulangkan keseluruhan wang tempahan jika pada tarikh check-in tiada bekalan elektrik atau bekalan air dan  Inai Utara Homestay tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mencari homestay lain sebagai gantian.

7. Sila patuhi urusan keluar-masuk, di mana check-in 2.00 pm dan check-out 12.00pm untuk mengelak sebarang kesulitan. Charge tambahan akan dikenakan sebanyak RM10/jam bagi check-in awal  dan check-out yang lewat dari masa yang ditetapkan.

8. Tidak dibenarkan sama sekali mengubah kedudukan perabot.

9. Astro Pakej NJOI sahaja. Sebarang langganan pakej berbayar adalah tanggungjawab pelanggan.  Inai Utara Homestay berhak menuntut gantirugi jika berlaku penyelewengan.

10. Akses Internet WIFI turut disediakan bagi kemudahan pelanggan,

11. Terdapat juga pelanggan yang tidak dapat menghabiskan baki tempahan sebagai contoh pelangan menempah untuk  3 hari 2 malam tetapi hanya sempat menginap 2 hari 1 malam sahaja. Maka kes seperti ini, pengurusan Inai Utara Homestay hanya akan memulangkan sebahagian (50%)  sahaja wang dari baki hari yang tinggal..



Harap maklum.

Harap pengunjung dapat membaca terma dan syarat sebelum membuat tempahan untuk mengelak sebarang masalah.


Terimakasih.



Pengurusan


Homestay Inai Utara
Lot 835,Lorong Titi Teras,
Kg.Behor Inai,010000 Kangar,
Perlis

Cara Membuat Tempahan

#  Bank in Deposit RM100 - dipulangkan setelah pihak homestay berpuashati tidak ada sebarang kehilangan @   kerosakan atau ditolak terus dari baki bayaran.



# Sila sms ke no 0125900271 nama penuh, kp,  dan alamat anda untuk direkodkan setelah membayar deposit 



#  Akaun bank ...SILA WASSAP atau SMS ke Homestay Inai Utara



# Nama akaun: SAIFULHAYRUL NOOR BIN SALLEH (pastikan nama pemegang akaun adalah betul)



# Emailkan : saifulhayrul75@gmail.com (masukkan email jika membuat bayaran melalui  cimbclick supaya pengesahan bayaran dapat diemail SECARA AUTOMATIK kpd pemegang akaun)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadar Sewa = sebuah rumah  = RM300 semalam bagaimanapun

Bagi yang datang sefamili sahaja boleh bincang...



Maksima 15 orang dewasa sahaja - untuk sebuah rumah . Lebih dari itu charge tambahan akan dikenakan. Terima kasih kerana berurusan dengan Inai Utara Homestay.




** ANGGUN** SELESA** TERPESONA**











***************************************************************************

GALERI



DESA UTARA PEDU LAKE RESORT



TAPAK INAI UTARA
GENG TUKANG CIKGU MAT BANG LAN..TERBAIKKKK...