Saturday, April 6, 2013

Misi Ke Pedu

Perjalanan Ke Tasik Pedu

       Assalamualaikum..dah lama tak update post dalam blog nie...ari nie aku nak crita sikit tentang perjalanan aku ke Empangan Tasik Pedu....crita nie Julai  2012..cuti semester yang lalu..perjalan ke sini adalah misi untuk membawa balik chaley lama kat Tasik Pedu..Perjalanan dari Perlis ke Tasik Pedu lebih 1 jam stengah..Bandar paling dekat dengan Tasik Pedu adalah Pekan kuala Nerang ..hampir 48 Km jaraknya,.
  
   
Kenderaan rasmi mision..Van cikgu Mat..mitsubishi triton dan  vios aku


            Perjalanan aku Ke Pedu ditemani oleh Otai2..orang lama..cikgu Mat,bang Lan,Paksu & the gang....cikgu Mat & geng tidoq kat chaley Kuala Nerang..aku dengan adik ipaq aku..bertolak pagi..berjumpa jam 10 di tapak chaley..haa..sesampai nya kami disana di sambut dengan anak babi..haa....tekejut la jgk..rata2 chaley kat situ dah pakat di buka..tapak chaley macam tinggalan kg lama saja..cering jgk bulu roma aku..hehehe...





       Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor SetarKedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Dahulunya Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropikaflora dan fauna.
Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Desa Utara Pedu Lake Resort (106 rooms), Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort(dinamakan Holiday Inn Resort sebelum itu, mempunyai 205 rooms, dengan aktiviti golf dan sebagainya). Desa Utara Pedu Lake Resort dan Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort telah ditutup pada 1 dan 7 Jan 2007 kerana perniagaan yang semakin merosot, khasnya berita menemui kubur lama di tengah tasik semasa musim kemarau diketahui para pelancong Taiwan and Singapura.
Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat cantik dan masih elok keadaannya. Tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa penghuni. Ini adalah salah satu "mega projek" yang dibiarkan begitu saja.


Jam 10 pagi..misi dimulakan dengan menanda bahagian penting chaley..proses rongkah dimulakan sebaik saja proses menanda selesai

Proses menanggal kelengkap chaley ni memakan masa hampir 2 hari..mujuqla..krew kami ramai..hampir 10 orang tukang bertungkus lumus ..kira speed top up la..selalunya proses ni memakan masa 3 hari..Bekalan makanan dan kelengkapan tukang..set generator..habuan nyala lampu waktu tidoq..
     Chaley ni berjaya dibuka dalam masa 2 hari saja..hari ketiga punggah naik lori .3 buah lori digunakan dalam membawa kayu2 nie balik ke Perlis..bertolak dari pedu jam 5 petang..Alhamdulillah..selamat sampai ke Perlis jam 12 tgh malam...trimakasih kepada Ustad Brahim kerana sudi menumpang kayu chaley diatas tapak rumah ..tak lupa kepada cikgu Mat,bang Lan dan geng tukang semua...nantikan crita selanjutnya dalam post yang akan datang..chauuu...
unggun api di nyala..takut la jgk kot kena sondol dek babi tgh malam
..





mandi manda dengan geng tukang Tasik Pedu











Antara chaley yang dibina kembali










No comments:

Post a Comment